top of page
fooddelicious9899

5 KHASIAT RUMPAI LAUT (SEAWEED) YANG ANDA PERLU TAHU

Updated: Jan 5, 2021

1.IODINE


Rumpai laut diperkaya dengan banyak vitamin and mineral, antaranya adalah ia merupakan sumber kepada Iodine. Iodine merupakan mineral yang diperlukan oleh badan manusia bagi membantu thyroid berfungsi dengan baik.


KESAN THYROID YANG TIDAK BERFUNGSI KEATAS BADAN

Thyroid berfungsi dalam mengasilkan dan mengawal hormon didalam badan kita. Sekiranya thyroid tidak berfungsi dengan baik, gejala termasuk keletihan, badan menjadi lemah dan masalah penurunan dan kenaikan berat badan.


2.SUMBER SERAT



Selain daripada buah-buahan serta sayur-sayuran, rumpai laut juga merupakan salah satu sumber serat. Rumpai laut membantu dalam kesihatan pencernaan dan bertindak sebagai penyahtoksin. Alginate merupakan penyerap semula jadi, ia mengikat pencemar dan toksin dalam badan anda dan membantu membebaskannya melalui najis anda. Dan jika bercakap tentang tentang kotoran membuat and tidak selesa, sudah tiba masanya untuk mengubah kepada sumber pemakanan yang baik.



3.KAYA DENGAN OMEGA-3 FATTY ACIDS



Tidak semua lemak mempunyai fungsi yang sama. Omega-3 fatty acids biasa dijumpai dalam ikan, minyak ikan, biji chia dan lumut/ alga. Omega-3 membantu dalam menyeimbangkan mood dan kemampuan kognitif, mengurangkan keradangan, menstabilkan kadar gula dalam darah dan banyak lagi. Terbaru minyak dari sayuran atau lebih dikenali sebagai minyak alga atau minyak lumut/alga juga mendapat perhatian yang tinggi dari pihak penyelidik. Kini, penyelidikan awal menunjukkan ia mudah ditukar menjadi DHA didalam badan berbanding dengan makanan yang mengandungi Omega-3 yang lain.



4.ANTIOKSIDA

Mahu kulit cantik? Tapi hanya makan blueberry sebagai sumber antioksida! Jangan risau anda tidak perlu lagi berbuat demikian. Antioksida dapat membantu kulit dan rambut bersinar. Rumpai laut yang mencukupi dan kulit dan rambut anda pasti bersinar.



5.ANTIINFLAMASI

Seperti yang diketahui ramai rumpai laut kaya dengan vitamin, mineral dan bertindak sebagai antioksida. Ia dapat mengurangkan keradangan didalam badan. Walaupun keradagan merupakan satu tindak balas badan yang berlaku secara semula jadi, namun keradangan yang kronik boleh menyebabkan dan memburukkan lagi penyakit seperti bengkak-bengkak, kemurungan dan juga artiritis.















 

Comments


Post: Blog2_Post
bottom of page