top of page
Farah Hazwani

CAKEY ATAU CHEWY ATAU FUDGY? YANG MANA SATU MENJADI PILIHAN ANDA?

Apa tu cakey, chewy, fudgy? Ok..sebenarnya kita tengah bercakap tentang brownies. Ya, cakey, chewy dan fudgy adalah tiga jenis tekstur brownies. Tapi sebelum itu, ada ke yang tak tahu apa itu brownies? Kalau tak tahu tak apa, sini kami ceritakan apa itu brownies. brownies ialah sejenis kek coklat yang padat berasal dari Amerika. Nama brownies diberikan kepada kek coklat ini kerana warnanya yang gelap dan keperangan. Disamping itu, brownies sangat kaya dengan rasa coklat kerana bahan utamanya ialah coklat masakan dan serbuk koko!


Berbalik kepada tekstur brownies…Seperti namanya, cakey brownies mempunyai tekstur yang ringan iaitu seakan kek coklat. Brownies jenis ini tidak padat seperti chewy dan fudgy brownies. Hal ini kerana, cakey brownies mempunyai kurang kandungan lemak dan coklat. Tetapi mempunyai tinggi kandungan tepung dan bergantug kepada serbuk penaik sebagai bahan penaik untuk brownies ini.




Seterusnya, chewy brownies adalah brownies yang mempunyai tekstur di antara cakey dan fudgy. Ya, chewy brownies di tengah-tengah. Jadi, chewy brownies kaya dengan rasa coklat, agak kenyal/liat di bahagian tepi dan lembab di bahagian tengahnya tetapi tidak sepadat fudgy brownies. Wahhh bayangkan je dah buatkan kita kecur air liur kan? Hehehe



Akhir sekali, fudgy brownies mempunyai kandungan tepung dan lemak yang lebih tinggi daripada cakey dan chewy brownies. Selain itu, fudgy brownies juga mengandungi tinggi kandungan coklat dan ini membuatkan fudgy brownies berwarna agak gelap. Fudgy brownies ini juga mempunyai tekstur yang padat dan pastinya menjadi pilihan penggemar coklat.



Secara jujurnya, Farah amat menggemari fudgy brownies. Agak-agak kenapa Farah suka fudgy brownies? Sebab….Farah sangat sangat sangat suka coklat. Jadi, bila makan fudgy brownies yang padat dengan rasa coklat ni buatkan Farah rasa bahagia. Hahahaha. Tapi kan, berbanding cakey dan chewy brownies, kos penghasilan fudgy brownies ni agak mahal tau. Sebabnya, kita perlu guna banyak coklat untuk hasilkan fudgy brownies dan tempoh memasaknya juga agak lama berbanding brownies jenis lain.

3 views0 comments

Comments


Post: Blog2_Post
bottom of page