Hai sahabat-sahabat pena saya. Korang rasa macam craving benda-benda manis, bercoklat, crunchy tapi tak tahu nak makan apaa.. Bosan dah dengan snek kat rumah, biskut dah, roti dah, coklat pun dah..hmmmm…takde peneman masa tengok tv masa buat assignment yang berlambak tuu…haa ni tasha nak bagitau korang.. Korang boleh buat snek bercoklat tauuuu.. haa apa tuu?
Tadaaaa.. Nah resepi Chocojar premium versi anda sendiri..
Guna tiga bahan jeee:
- Coklat (apa2 jenis pon boleh)
- Minyak masak
- Cococrunch/ bubblerice
Okay.. mula2 sekali korang perlukan tiga bahan diatas.. coklat tu tak kisahlah korang nk guna coklat masakan ke coklat putih ke dark chocolate ke cadbury ke apa2 brand pon takde masalah tapi tasha guna milk compound jenama Beryl’s tauu.. sebab apa coklat dia memang sedap (dah try yee) dan berkualiti tinggi.. kebanyakan bakers memang guna jenama ni dalam masakan diorang dan senang nak dapat kat mana2 kedai bakeri berdekatan korang.. kalu tak caye cuba korang gi tengok kat kedai tuhaaaaa mesti ada punya..
Okay lepastu minyak masak pun tak kisah nak guna minyak kelapa sawit ke minyak jagung kee.. selalunye minyak kelapa sawit menjadi pilihan sebab apa boleh guna yang mak punya kat dapur jee.. hahaha gurau jee hehehe.. kalau nak guna minyak jagung takde masalah pun tapi memerlukan kos yang tinggi leeee… tujuan kita masukkan minyak sebab kita nak Chocojar kita sentiasa cair and coklat nye tak membeku pada suhu bilik.. sebab sifat minyak ni dia cair pada suhu bilik. Minyak kelapa sawit mempunyai julat takat lebur yang panjang iaitu pada 27-45°C manakala minyak lain seperti minyak kelapa adalah lebih singkat iaitu pada 23-26°C (Wade, 1988). Ini adalah disebabkan tahap penghidrogenan, komposisi dan pengedaran asid lemak dalam triacylglycerol (Belitz et al. 2004). Pendek kata minyak masak ni adalah bahan yang bertanggungjawab untuk kelembutan coklat, rasa cair di mulut, membuatkan coklat nampak menarik dan berkilat, penambah rasa, dan meningkatkan jangka hayat. (Barak et.al. 2014). Jadi minyak masak ni salah satu bahan penting untuk buat chocojar yang anda tidak boleh lupa.
Seterusnyaa mestilah korang perlukan cococrunch atau bubblerice untuk rasa crunchy tuuu.. kalau tanya tasha suka yang mana, mestilah tasha suka yang cococrunch sebab apa dia lagi crunchy dan lagi manis..selalunya tasha guna babycrunch iaitu saiz yang lebih kecil dari cococrunch biasa. hehehe penggemar bubblerice jangan marah ekk.. Bubblerice pon tak kurang jugak sedap tapi kalau korang nk pastikan bubblerice tu tak mudah liut atau cepat rosak korang kene ikut tips ni..
Tips bubblerice kekal rangup:
1. Sangai bubblerice terlebih dahulu.
2. Lepas sangai, sejukkan dulu.
3. Pastikkan bubblerice sejuk sebelum masukkan dalam bekas.
4. Jangan tuang coklat yang masih panas keatas bubblerice.
Okay sekarang tiba masanye kita buat Chocojar nyee. Membebel je tasha ni kan.. hehe.. okay tasha nak kongsikan cara paling mudah korang nak buat Chocojar.
Cara buat Chocojar paling mudah:
1. Panaskan air dalam periuk sampai mengelegak untuk tujuan double boiler.
2. Tuangkan 1 kg coklat dalam kuali diatas periuk double boiler dan kacau coklat sampai betul2 cair.
3. Tuangkan 2 cawan minyak masak dan kacau sampai coklat dan minyak sebati.
4. Sejukkan coklat pada suhu bilik.
5. Masukkan cococrunch atau bubblerice dalam bekas.
6. Tuang coklat
7. Siap.
Sangat senang kan caranya nak buat, tutup mata sambil makan kacang pon boleh buatlah.. btw korang Chocojar ni enak dimakan begitu saja dan sangat sedap makan dengan roti.. korang wajib try tauu.. Sesuai untuk semua tak kira tua ke muda.. Kanak2 paling suka lah makan ni.. nanti korang boleh makan sama2 sekeluarga sambil eratkan silaturahim haa gituuu..So korang Selamat Mencuba.. Nanti jangan lupa share pengalaman korang jadi ke tak sedap ke tak..Hehhehe.. Terima kasih sudi luang masa kat sini dengan tasha. Sampai berjumpa lagi yeee semua! Bye2 …
Rujukan:
J Food Sci Technol. 2016 Oct; 53(10): 3633–3641. Published online 2016 Oct 15. doi: 10.1007/s13197-016-2355-0
Comments