Assalamualaikum.. Rasanya kek coklat kukus atau steam chocolate cake ni antara kek yang paling digemari orang ramai. Saya nak kongsila sikit resepi dengan cara nak buat kek coklat kukus ni. Hehe. Harap korang nak la cuba resepi yang saya share ni ;). Ni saya share jugak link YouTube untuk lebih memahami tentang cara penyediaan kek coklat kukus:
Saya harap dengan video di atas dapat membantu korang. Saya tidak menggunakan serbuk penaik dalam resepi kek coklat kukus ni. Guna soda bikarbonat pon dah mencukupi sebenarnya .
Ok jom kita tengok dulu resepi kek coklat kukus kat bawah ni.
Bahan-Bahan Kek Coklat Kukus (Menggunakan sukatan cawan)
· 1 cawan serbuk koko
· 1 cawan gula pasir
· 1 cawan susu pekat manis
· 1 cawan minyak masak/ marjerin dicairkan
· 1 1/2cawan tepung gandum/ tepung kek
· 2 sudu soda bikarbonat
· 3 biji telur
· 1 cawan susu cair
Cara Membuat Kek Coklat Lembap:
1. Sukat semua bahan-bahan untuk membuat kek coklat kukus seperti di atas.
2. Selepas sukat semua bahan, letakkan di dalam mangkuk yang berbeza.
3. Panaskan periuk tapi guna api yang slow yee..
4. Masukkan susu cair dahulu. Kemudian, tambahkan gula dan juga minyak masak.
5. Masukkan juga susu cair dan serbuk koko ke dalam periuk. Gaulkan sehingga sebati.
6. Kacau sehingga sebatian coklat jadi sebegini
7. Biarkan coklat tu sejuk sekejap.
8. Lepas itu,ayakkan tepung gandum & soda bikarbonat.
9. Campurkan bahan yang diayak & juga coklat yang dibuat tadi.
10. Pecahkan 3 biji telur & letakkan di dalam mangkuk.
11. Masukkan sebiji demi sebiji telur ke adunan tersebut. Teruskan mengacau adunan.
12. Letakkan kertas masakan di dalam loyang. Tapis adunan tadi & tuang ke dalam loyang.
13. Kukuskan adunan tersebut di dalam pengukus selama sejam.
14. Cucuk guna lidi untuk pastikan kek coklat dah masak. Kalo x melekat kat lidi, maknanya kek dah masak.
15. Kek coklat kukus kita pon dah siap!!! :)
Bahan-bahan untuk chocolate ganache ( topping kek coklat moist)
· 1/2 cawan gula pasir
· 1/2 cawan serbuk koko
· 1 sudu makan butter
· 1 sudu makan esen vanila
· 1 susu makan garam
· 1 sudu makan tepung jagung
· 1 cawan susu
Cara membuat topping ganache:
1. Masukkan serbuk koko, tepung jagung, gula pasir dan tambahkan juga garam. Kacau bahan- bahan tersebut.
2. Masukkan susu sikit demi sikit.
3. Kacau sehingga sebegini yeee...
4. Kemudian, masakkan di atas api yg kecik
5. Tambahkan butter & esen vanila ke dalam adunan ganache.
6. Masak sampai pekat & Topping ganache kita pon dah siap.. yahooo :)
Tuangkan ganache tu kat atas kek coklat kukus kita
Kalau nak lagi lawo dgn menarik, leh la tambahkan rainbow rice...ulalalala
Nota:
Pastikan air kukusan mendidih terlebih dahulu sebelum masukkan kek.
Balut penutup pengukus supaya air tidak menitik ke atas kek.
Kukus dengan menggunakan api sederhana.
Selamat Mencuba Kek Coklat Kukus Moist
Syukur! Semoga blog ini dapat bantu selesaikan masalah readers blog yang tercari-cari step by step buat kek coklat kukus moist ni. Kepada readers yang dah cuba resepi ni, kongsilah komen sikit.Cer bagitahu, jadi tak kek korang and sedap ke tak rasanya.huhu XD. Jangan lupa share resepi ni kat kengkawan lain semoga berpanjangan manfaatnya kepada semua
Orait! Thanks for reading this blog. PEACE YOOO!!!
Comments